PENDAFTARAN SEMULA PESERTA ONLINE KONSURI 2025
Assalamualaikum wbt dan terima kasih kerana mendaftar sebagai peserta ONLINE untuk KONSURI 2025.
Makluman Penting: Borang terdahulu adalah borang pembelian produk dan bukan borang pendaftaran acara. Oleh itu, pihak urusetia memerlukan peserta untuk mengisi semula borang ini bagi memastikan semua maklumat lengkap dan terkini.
Siapa yang perlu isi borang ini?
- WAJIB: Semua peserta yang membeli tiket online KONSURI 2025
- TIDAK PERLU: AJK, urusetia dan sukarelawan
Kenapa perlu daftar semula?
- Untuk pengesahan kehadiran secara dalam talian
- Untuk memastikan penghantaran merchandise dan bahan program dilakukan ke alamat yang tepat
- Untuk simpanan data peserta rasmi
Arahan Pengisian:
- Nama Penuh: Sila tulis dalam HURUF BESAR. (Contoh: NUR FATIMAH BINTI ALI)
- No. Kad Pengenalan: Gunakan format lengkap dengan sempang. (Contoh: 850913-06-1234)
- Alamat Penuh: Sila masukkan alamat lengkap termasuk poskod dan negeri untuk penghantaran merchandise
Nota: Semua maklumat adalah sulit dan digunakan hanya untuk urusan rasmi KONSURI 2025.
Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih kerana menyokong KONSURI dan menjadi sebahagian daripada perjuangan suri rumah Malaysia.
Yang benar,
Urusetia KONSURI 2025