Malam Amal Untukmu Suri
Penajaan Eksklusif Sempena Malam Pengiktirafan Suri Rumah Rahmah
“Jika dunia tidak memberi penghargaan kepada wanita yang mengurus rumahtangga...
biarlah kita menjadi yang pertama menyantuni mereka dengan penuh kasih.”
Tentang Acara Ini
Malam Amal Untukmu Suri merupakan malam istimewa untuk meraikan, menghargai dan mengiktiraf wanita paling tabah — para suri rumah.
Diadakan dengan penuh kehangatan dan kasih sayang, majlis ini akan menghimpunkan suri rumah dari seluruh negara untuk sebuah malam yang memberi makna, semangat, dan inspirasi baru dalam kehidupan mereka.
Ahad | 14 September 2025
Everly Hotel, Putrajaya
6:00 petang – 11:00 malam
Mengapa Anda Perlu Menaja?
Suri rumah sering menjadi tulang belakang keluarga, namun jarang diraikan.
Dengan menjadi penaja, anda:
Menyokong sebuah inisiatif memartabatkan wanita biasa dengan peranan luar biasa.
Meningkatkan jenama anda sebagai penyumbang dalam usaha sosial dan pemerkasaan wanita.
Berkongsi peluang pahala dan kebaikan dalam acara yang penuh keberkatan.
Siapa Yang Akan Diraikan?
Ahli aktif Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR)
Peserta program pembangunan wanita SRR (termasuk ibu tunggal, suri rumah asnaf dan suri usahawan kecil)
Petugas dan sukarelawan wanita dalam gerakan komuniti
"Queen of the Night" – satu simbolik penghargaan kepada suri paling menginspirasikan
Pakej Penajaan Eksklusif
Kami membuka ruang kepada individu dan organisasi untuk turut serta dalam usaha menyantuni suri rumah melalui tiga kategori penajaan istimewa:
PLATINUM SURI – Penaja Utama
Meja: RM10,000 | Kerusi: RM1,000
✔ Penajaan eksklusif di barisan utama majlis
✔ Nama/logo dipaparkan dalam:
Poster digital & bahan promosi rasmi
Latar belakang pentas & tayangan montaj
✔ Penyebutan khas semasa majlis
✔ Liputan dalam media sosial SRR
✔ 10 kerusi VIP wanita sahaja
NILAM SURI – Pembelian Meja Eksklusif
Meja: RM3,000 | Kerusi: RM300
✔ Kategori penaja meja rasmi
✔ Penyebutan khas semasa majlis
✔ Nama penaja akan dimasukkan dalam senarai penyumbang
✔ Pilihan untuk hadir secara berkumpulan
✔ 10 kerusi khas untuk wanita sahaja
KASIH SURI – Tajaan Kerusi/Meja untuk Suri
Meja: RM2,000 | Kerusi: RM200
✔ Kategori penaja Khas Suri Rumah
✔ Nama penaja akan dimasukkan dalam senarai penyumbang
✔ Penyebutan penghargaan dalam majlis
✔ Pilihan tajaan tanpa hadir
Apa Yang Akan Berlaku?
✨ Tayangan Montaj Khas
✨ Persembahan Artis Jemputan
✨ Sajak Khas “Untukmu Suri”
✨ Penghargaan AJK & Peserta SRR
✨ Queen of The Night
✨ Sesi Bergambar, Networking & Makan Malam Bertema
Untuk Penyertaan & Pertanyaan
Pn Yasmin Sari
No Tel: +60 16-973 1080
Pn Nurjannah
No Tel: +60 13-216 7507
Email: surirumahrahmah@gmail.com
✨ Biar jasa mereka dikenang.
Mari bersama kami memuliakan para suri dengan satu malam yang tak akan mereka lupakan.
#UntukmuSuri #SuriRumahRahmah #PenajaanSRR